Monolog Dari Hati

tears

Pejam celik diriku hari ini hanya memikirkan tentang satu perkara…

Aku bingkas bangun pagi memikirkan perkara itu dan terlena di malam hari masih memikirkan perkara yang sama…

Aku tahu, Tuhan hanya akan menjauhkan diriku ini dariNya sekiranya aku merisaukan diriku dengan urusan dunia sepanjang hari…tetapi apakah hal aku ini adalah hal dunia semata-mata? Aku rasakan tidak…

Hati aku kini tidak berhenti mengucapkan kalimah doa…

Aku terpaksa berpura-pura gembira semasa di pejabat, di hadapan rakan-rakanku…namun aku seringkali menangis sendirian di dalam bilik ku….

Fikiranku kusut menantikan kesempatan yang mungkin atau mungkin tidak aku perolehi…

Pada saat ini, aku benar-benar berharap keajaiban (miracle) itu berlaku kepada insan yang bersedih dan memerlukan…

Perutku sering ku biarkan kosong sekarang namun kelaparan itu seakan tidak lagi terasa….kerana aku tahu ada yang lebih penting daripada itu sekarang…

Terkadang aku mempersoalkan kekuatan diri aku sendiri…adakah aku tegar untuk ujian ini?

Tidak ramai yang memahami hatiku ini…tidak ramai yang tahu betapa ku sentiasa letakkan kepentingan sahabat2ku terdahulu daripada kepentingan diriku sendiri…

Sekiranya Allah dapat mengambil separuh umurku dan kesihatanku dan memberikannya kepada insan yang memerlukan, dengan redha dan rela hati aku mengizinkannya…..

“Kehilangan” terlalu sering hadir di dalam hidupku….namun saban hari keperitan ini seperti makin bertambah…aku tahu aku tidak akan pernah kebal dengan dugaan ini…

Entah…entah…entah…

Aku akan membawa diriku sendiri selama 3 hari untuk mencari ketenangan…

2 Responses to this post.

  1. Posted by rahman on December 19, 2008 at 8:36 pm

    Salam…….
    Lee……..Jika kesian kan man …….!!!!!!!!!!!!kesiankan diri lee dulu………..
    Terima Kasih atas segalnya….man x nak jdi penyebeb lee mcm ni !!!! coz I know it Im the one who make u like this…

    Biarlah man man mcm ni……btw….result exam man dah keluar…so man nak share…I got pass all my 4 paper…..2A, IA- and I B+….pointer man turun sikit but still on Dekan list…..Thans for all your support..

    This luahan rasa buat man besalah sngt……….I dont know why…. BUT I DID FELL !! man faham apa yg lee rasa…………thank for alll doa lee untuk man cepat sembuh,..man juga nak sebegitu…semoga tuhan mendengar rintihan man,,keluarga,…..shabat2 ..especially LEE…THNKZ ..hanya tuhan dapat membalas…andai kata man pergi…halalkan segalanaya…………mubarak!!
    maafkan segalanya …sahabat mu

    Reply

  2. Posted by lolleepop on December 20, 2008 at 6:55 am

    Salam,

    Sorry man…bukan itu maksud lee tulis luahan ni. Lee cuma nak semua kawan2 lee yang lain paham aper yg sedang lee lalui dan berharap agar mereka semua berdoa jugak.

    Perasaan sedih tuh dah jadi lumrah sebagai manusia dalam keadaan macam nih. I’m sure family man pon rasa bender yg sama, so what’s the difference? kawan2 pon turut bersedih dan paling penting, turut berdoa…

    Man tak boleh nak tinggal kawan2 mcm tuh jer…kalau man takleh terima lee di saat susah, apatah lagi di saat senang nanti?

    Lee minta maaf kalau lee buat man rasa bersalah….trust me, i didn’t intent to do that…

    Jgn lah buang2 lee mcm nih…pls….

    W’salam…take care and you’re deeply missed…

    Reply

Respond to this post