Hakikat Bekerja Sendiri

Adat dalam dunia bisnes ini macam ayam : kais pagi ini, makan pagi esok nyer….itupon kalau payment lulus cepat…kalau tak, pagi 6 bulan kemudian baru boleh makan…LOL. Gambar ayam panggang yg takder kaitan :-P

Dipetik dari blog Bal.

Very good read. Seriously.

My note: Hati saya nih tak kering lagik. Masih lembap2. Kena berguru dengan lebih tekun dengan bal dan iznan…hehehe :-P

++++++++++++++++++

Perkara yang selalu orang cakap kepada saya bila mereka dapat tahu saya bekerja sendiri ialah: “Wah bestnya kerja sendiri”.

Apakah hakikat bekerja sendiri? Adakah ia sesuatu yang rumit? Adakah ia lebih menguntungkan dari bekerja pejabat? Adakah seronok bekerja dengan waktu sendiri yang fleksibel?

Perkara pertama yang ingin saya tegaskan ialah bekerja sendiri ialah sesuatu yang amat, amat susah. Ianya bukan mudah seperti apa yang anda lihat. Untuk mendapatkan RM1 dari bekerja sendiri, ia memerlukan 10 kali ganda usaha untuk mendapatkan RM1 daripada kerja tetap.

Orang selalu beritahu saya betapa untungnya saya tak perlu tidur awal setiap malam, tak perlu bangun awal setiap pagi, tak perlu stress berurusan dengan bos dan rakan pekerja, tak perlu pakai tie, tak perlu minta cuti kalau nak ke mana-mana, tak ada jadual tetap setiap hari. Ramai orang mempunyai persepsi kerja sendiri ini ialah seperti extended vacation, boleh buat apa sahaja bila-bila masa sahaja. Memang betul, fleksibiliti bekerja sendiri merupakan anugerah yang paling bernilai bagi usahawan-usahawan, tetapi ramai orang tidak tahu seksa dan sengsara mereka. Kalau tak kerja, duit tak akan masuk. Kalau tak pergi jumpa orang, deal tak boleh close. Kalau tak turun naik pejabat, takkan boleh dapat contract. Kalau tak rajin menggilap buntut pelanggan, tak akan dapat payment.

Kami bekerja lebih keras dari orang yang kerja tetap, tapi kerja-kerja kami tak nampak — kadang kala nak dapatkan duit / kontrak kena naik turun ofis yang sama 20 kali, sampai kerani pun dah naik muak. Ingat, kerja sendiri ni bukan relaks sahaja, anda perlu kerja jauh lebih keras dari orang lain, membuat benda-benda yang tak tentu berhasil atau tidak. Masa yang fleksibel adalah anugerah, tapi pada masa yang sama, masa yang fleksibel ini adalah suatu yang merbahaya. Jika kita tak pandai menguruskan masa, atau banyak membuang masa dengan perkara tak berfaedah (perkara yang tidak membawa kepada income), bisnes anda akan merosot, dan duit anda akan habis.

Kerja sendiri ini bukan untuk semua orang. Anda perlu mempunyai ciri-ciri berikut: kental, bijak dan berhati kering.

Kental bermaksud tidak cepat menyerah kalah, dan tidak cepat berputus asa. Ramai orang bisnes separuh masak rasa bersemangat bila mula-mula bisnes, tapi sampai kali pertama kena uji (biasanya bila kompeni melalui tahun rugi, atau tahun “kemarau” — tak ada projek masuk), terus dia rasa panik macam lembu nak kena sembelih. Orang-orang ini cuma layak kerja pejabat sahaja. Untuk masuk bisnes anda perlu mempunyai hati kental, rasa tak ada apa-apa walaupun bisnes anda rugi, dan projek tak ada, dan duit hampir habis. Bagi orang bisnes, peluang ada di mana-mana, anda cuma perlu bersemangat kental — apa jua masalah pun, terus bangun dan kerja. Siapa cepat panik, cepat putus asa, cepat rasa hopeless, cepat menangis, cepat menggelabah, cepat cuak, tidak sesuai buat bisnes. Anda perlu hati yang kental dan muka yang tebal untuk membuat bisnes.

Bijak bermaksud cepat cari peluang, dan pandai berusaha sehingga deal boleh close. Ada banyak skill yang diperlukan untuk buat bisnes, tapi skill-skill tersebut tak berguna jika anda tidak bijak merangkul peluang. Kadang-kadang ada peluang datang sekelip mata, ada yang datang bergolek, ada yang perlu usaha keras, ada yang nampak mustahil. Orang yang bijak akan menilai peluang yang ada dan terus mencuba untuk menukar peluang kepada wang ringgit. Bijak tidak semestinya mempunyai IQ yang tinggi, atau berkelayakan akademik yang hebat. Bijak merupakan kebolehan yang diperolehi daripada pengalaman di dunia sebenar (real world).

Berhati kering (cold-hearted) bermaksud jika anda berurusan dengan duit, anda bersikap dingin (cold) dan rasional, tidak dipengaruhi perasaan dan emosi. Anda mestilah “drive a sharp bargain” tanpa rasa kasihan atau menimbang perasaan orang pada anda. Siapa kuat rasa kesian atau terlalu conscious mengenai persepsi orang lain pada diri anda bukanlah orang bisnes yang baik. Anda lebih sesuai bekerja di badan-badan kebajikan / NGO. Untuk maju dalam bisnes, anda mesti bersikap ruthless, dan mempunyai naluri membunuh yang tajam. Biar anda banyak senyum di hadapan khalayak, tapi bila berurusan dalam perniagaan anda bersikap seperti burung helang yang ingin menyerang mangsa.

4 Responses to this post.

  1. Posted by Amalin on November 12, 2009 at 4:13 pm

    i have to say yg maybe tak sesuai buat bisnes sendiri sebab aku seorang yg baik hati and cepat kesian kat org…patutlah bisnes2x sblm ni tak menjadi……. but teh question is…worth it ke jadik cold hearted semata2x untuk bisnes…tak boleh ke buat business but at the same time baik hati? sedihnya kalau hidup macam tu…

    Reply

  2. Posted by Amalin on November 12, 2009 at 6:09 pm

    muahahahahha….keji!!!!

    Reply

  3. It’s just that you have to be firm and stand firm. Some might interpret it as cold-heart but that’s just how things get done. Being too lenient towards customer and clients tend to make them step on you thus putting your business in peril.

    And no, I don’t believe the business world is for the kind-hearted. It’s not sad it’s just life. When we get too nice people will take too much advantage of it.

    Reply

Respond to this post